20100111

Jamuan Raya JKR (01) orang lama

Jika saya ada kelapangan , saya akan jalan-jalan mencari orang-orang lama yang suka bercerita. Pada hari ini 10.10.2009 saya telah berjumpa Pak De Mansor Kg Buntut Pulau. Saya menghampiri Pak De Mansor dan beliau terus rancak bercerita tentang cerita-cerita yang beliau dengar.
05
Pengalaman beliau berkaitan dengan jepun dan komunis tak menarik sangat. Tetapi Pak De Mansor menyimpan banyak cerita-cerita orang yang didengar. Antaranya adalah Haji Suhaimi Uda Kampung Buntut Pulau. Beliau adalah salah seorang buruh paksa yang dipaksa menyiapkan jambatan maut. Tak banyak sangat yang boleh dicerita oleh Pak De Mansor tentang Haji Suhaimi Uda. Untuk mendengar lebih lanjut saya perlu kerumah Haji Suhaimi di kg Buntut Pulau.
04
Pak De Mansor juga ada menyimpan sekeping gambar Masjid Temerloh semasa bangunan kayu. Gambar tersebut beliau nampak dijual di kedai gambar Lee Nam Temerloh. terdapat tiga keping gambar Masjid Lama Temerloh yang dipamirkan untuk dijual. Beliau terus meminta pada tuan kedai untuk membeli gambar tersebut.

Tuan kedai termenung sekejap, memikirkan permintaan Pak De Mansor. Beliau yakinkan tuan kedai bahawa beliau adalah orang Temerloh dan betul-betul mahu gambar tersebut. Akhirnya tuan kedai Gambar Lee Nam setuju menjualnya dengan harga 4 sen.

Gambar tersebut disimpan dalam sampul surat dan tidak pernah dipamirkan. Kalau saya nak tengok saya, Pak De Mansor perlu mencarinya. Beliau akan serahkan pada haji Suhaimi Uda, dengan harapan saya akan mencari Haji Suhaimi Uda untuk melihat gambar tersebut dan mendengar cerita-cerita selanjutnya.
03
Selain Haji Suhaimi, saya berminat nak jumpa Encik Mohamed Abdullah Kg. Bangau Tanjung yang juga salah seorang mangsa buruh paksa landasan keretapi maut Siam-Burma. Pak De Mansor jua tahu serba sedikit tentang Encik Mohamed Abdullah. Pada hari ini (10.10.09) Encik Mohamed Abdullah masih lagi ada di Kg. Bangau Tanjung.
02
Ketika saya bersembang-sembang dengan Pak De Mansor, beliau sering di tegur sapa oleh ramai orang yang lalu lalang berhampiran kami. Saya juga berharap saya akan terserempak dengan beliau pada masa-masa hadapan, mungkin ada cerita-cerita menarik untuk disimpan di blog laman Temerloh ini.
01