20100929

Buli di asrama sekolah di Temerloh

Akhir-akhir ini kerap kali cerita tentang buli di asrama sekolah di Temerloh sampai ke telinga saya. Saya tak berapa endah cerita ini mungkin kerana saya lebih meminati cerita-cerita Mat Kilau, Tok Bahaman, Cikgu Jantan, cerita zaman jepun dan cerita zaman komunis.

Tetapi betul ke buli semakin menjadi-menjadi di asrama-asrama di sekolah di Temerloh. Saya tak nak cerita pasal tempat lain. Mungkin semakin ramai mangsa buli yang semakain takut untuk mengadu. Pasal mangsa buli akan terus di buli oleh puak pembuli. Kalau satu atau dua orang dah kena buang asrama atau buang sekolah, puak pembuli masih ramai.

Pasal apa masih ramai? Pasal biasanya yang kena buli adalah seorang dan yang membuli adalah ramai.

Tapi, saya masih terfikir ... betul ke? Buli masih menjadi amalan masyarakat Melayu kita?

Terkelu dan terkedu apabila saya mendengar cerita-cerita anak-anak kita di asrama yang kena buli sampai terjejas prestasi pelajaran.

Betul ke, bangsa kita asyik membuli bangsa sendiri? Mungkin saya kena baca semula buku Sejarah Melayu atau buku Perihal Melayu.

(Lama sangat rasanya saya tak berkesempatan untuk updata blog Laman Temerloh)

20100402

Bulatan Kecil dan Tandas Awam

Ini adalah bulatan berhampiran Pekan Sehari Temerloh. Juga Berhampiran dengan Masjid Temerloh. Juga berhampiran dengan bangunan MCA Temerloh dan SRJKC Khee Chee Temerloh. Tidak berapa jauh dengan Rumah Rehat Temerloh (Rest House Temerloh) yang sensasi.

Kelebihan bulatan ini adalah kenderaan yang telah berada dalam bulatan kena beri laluan kepada kenderaan yang hendak memasuki dalam bulatan ini. Pasal kenderaan yang hendak memasuki bulatan ini perlu mendaki bukit dan selalunya pemandunya tidak akan berhenti sebelum tamat mendaki bukit. Iaitu setelah masuk kedalam bulatan.
05
04
03
Ini pula adalah tandak berhampiran hentian bas lama yang berada di tepi sungai juga di tepi Pekan Sehari Temerloh. Juga berhampiran dengan pam minyak petronas.
02
01

20100203

Pekan Sehari Temerloh: Lubang

05
04
03
02
01

Links:

Pekan Sehari Temerloh ( Pasar Minggu ) - ikan kelah, gahak, ikan ubi, ara, baung , lahih, tengalah, lampam, tilan, haruan, talapia

Pekan Sehari Temerloh - nih antara hok terunik di Pahang...

20100202

Pekan Sehari Temerloh: Tapai

05
04
Pakcik hanya tolong jual sahaja. Yang buatnya orang lain.
03
Dah nak habis dah. Lambat sangat datang ambil gambar.
02
01

Links:

CARA MEMBUAT TAPAI SENDIRI -masa bungkus or proses sejukkan pulut tu jgn terenjis air or tgn basah sbb nnt tapai jdk merah

Tapai pulut - sedap dimakan ketika sejuk bersama kelapa parut

20100201

Pekan Sehari Temerloh: TV9

05
Ja sedang bercerita tentang herba tunjuk langit yang dijual bersama anaknya.
04
03
02
01

Links:

Buah Tunjuk Langit

INFO HERBA: Pokok Tunjuk Langit

LATARBELAKANG PRODUK

20100129

Sungai Pahang 01.11.09

Sambil jalan-jalan di pekan sehari Temerloh, mata terintai-intai sesuatu yang menarik di sungai pahang untuk dirakamkan. Dah jenuh perhati dan jeling-jeling mak ini sajalah yang dapat dirakamlan pada hari ini.
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01

20100127

Gerai Bawah Pokok

Makanan ini kita boleh dapati di gerai bawah pokok dekat Jambatan Temerloh. Dekat dengan simpang yang ada lampu isyarat nak gi ke Triang. Bersebelahan dengan stesyen pam minyak. Bersebelah dengan bangkel baiki moto. Gerai jual goreng pisang, keropok dan mee celop ni dijalankan oleh isterinya Thailand. Yang membaiki moto ni, suaminya Kelantan.

Yang datang makannya, Orang bandar Temerloh, Orang Buntut Pulau, Orang Bukit Angin, Orang Triang/Bera dan orang-orang sekitarnya.

Makan sekali, nak berhenti berkali-kali.
05
Kerpok bersalut tepung dan lada cicahnya.
04
Juga kerpok bersalut tepong.
03
Waa sedapnya, sentiasa teringat nak gi makan kat bawah pokok.
02
Mee hon celup.
01

20100123

Taman Kubang Gajah (03) senja

Ini adalah pemandangan waktu senja di Taman Kubang Gajah Temerloh Pahang Malaysia. Gambar ini hanyalah gambaran sahaja, kami tak sempat nak menunggu di sini sampai senja. Bimbang juga nanti keluar gajah atau di tegur oleh tok gajah.

Dengan menggunakan teknik yang ada tersedia dalam setiap kamera digital, keadan sebegina dapat dilakukan. Untuk menambahkan lagi kesyahduan waktu senja tersebut digambungkan dengan teknik dalam Photoshop. Jadilah macan dah senja.
05
04
03
02
01