20100129

Sungai Pahang 01.11.09

Sambil jalan-jalan di pekan sehari Temerloh, mata terintai-intai sesuatu yang menarik di sungai pahang untuk dirakamkan. Dah jenuh perhati dan jeling-jeling mak ini sajalah yang dapat dirakamlan pada hari ini.
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01

20100127

Gerai Bawah Pokok

Makanan ini kita boleh dapati di gerai bawah pokok dekat Jambatan Temerloh. Dekat dengan simpang yang ada lampu isyarat nak gi ke Triang. Bersebelahan dengan stesyen pam minyak. Bersebelah dengan bangkel baiki moto. Gerai jual goreng pisang, keropok dan mee celop ni dijalankan oleh isterinya Thailand. Yang membaiki moto ni, suaminya Kelantan.

Yang datang makannya, Orang bandar Temerloh, Orang Buntut Pulau, Orang Bukit Angin, Orang Triang/Bera dan orang-orang sekitarnya.

Makan sekali, nak berhenti berkali-kali.
05
Kerpok bersalut tepung dan lada cicahnya.
04
Juga kerpok bersalut tepong.
03
Waa sedapnya, sentiasa teringat nak gi makan kat bawah pokok.
02
Mee hon celup.
01

20100123

Taman Kubang Gajah (03) senja

Ini adalah pemandangan waktu senja di Taman Kubang Gajah Temerloh Pahang Malaysia. Gambar ini hanyalah gambaran sahaja, kami tak sempat nak menunggu di sini sampai senja. Bimbang juga nanti keluar gajah atau di tegur oleh tok gajah.

Dengan menggunakan teknik yang ada tersedia dalam setiap kamera digital, keadan sebegina dapat dilakukan. Untuk menambahkan lagi kesyahduan waktu senja tersebut digambungkan dengan teknik dalam Photoshop. Jadilah macan dah senja.
05
04
03
02
01

20100121

Tmn Kubang Gajah (02) bangunan

Kawasan Taman Kubang Gajah ini terdapat beberapa kemudahan asas. Kemudahan disini saiz kecil-kecil sahaja bukan saiz gajah.
05
Ada bangunan yang belum siap.
04
Ada wakaf.
03
Ada surau.
02
Surau yang dinamakan 'Surau Al-Fiil Kubang Gajah'. Mungkin juga boleh dinamakan 'Surau Gajah' tetapi untuk orang bukan untuk gajah.
01
Ada pondok pengawal keselamatan.

20100119

Tmn Kubang Gajah (01) layang2

Berhampiran dengan jambatan Temerloh, berhampiran dengan simpang tiga berlampu isyarat ke Triang terdapat sebuah taman yang dinamakan Taman Kubang Gajah. Tempai ini dahulu dinamakan Bukit Angin. Dinamakan Kubang Gajah kerana tempai ini dahulunya memang tempat gajah berkubang. Bila kali terakhir gajah berkubang disini? Nantilah kami akan siasat.

Jika berkebetulan anda akan terserempak dengan orang menjual layang-layang. Berapa harganya saya tak berani tanya sebab tak bercadang nak beli.
05
04
03
02
01

20100117

Jamuan Raya JKR (03) DJ Nami

Serba salah saya dibuatnya. Pak De Mansor terus bercerita. Penyanyi terus berlalu seorang demi seorang. Setelah penyanyi terakhir siap membuat persembahan, DJ pun mengemas peralatan. Saya menuju ke moto saya dan Pak De Mansor menuju ke moto honda cup 70cc kesayangannya.

Tak tau pun siapa nama penyanyi berbaju ungu ini.
05
Kalau suami pulang lewat
Kakak jangan membebel
Bila isteri syok membeli-belah
Abang jangan melenting

Ni baru nak kena tegur sikit
Adik jangan pula nak meradang
Kalau ada salah silap
Tak guna nak rasa bengang
04
jangan cepat marah
Nanti cepat tua
Bikin gaduh saja
jangan nak melatah
Nanti naik darah
Lagi masalah

Debat hangat di Parlimen
YB Dato kena ‘maintain’
Kalau harga minyak naik lagi
Rakyat mesti naik angin
03
Ekonomi sekarang makin susah
Pak cik nak harap pun duit pencen
Baru lepak kedai kopi
Mak cik sudah buat bising

jangan cepat marah
Nanti cepat tua
Bikin gaduh saja
jangan nak melatah
Nanti naik darah
Lagi masalah
02
Ramai betul yang masuk kerja lewat
Ada juga yang mengada nak balik cepat
Nanti tak dapat nak naik pangkat
Silap-silap ‘You’re fired!’ yang kau dapat
Hidup ini mesti sporting, barulah rasa ‘happening’
Takde maknanya nak gaduh-gaduh lagi
Nanti apapun tak jadi

Amboi senangnya menuding jari
Bila cari salah orang lain
Nanti giliran kita silap sikit
Masa tu perang ungkit-mengungkit
01
Cuba teka pula siapa nyanyikan lagu ini? Penyanyinya adalah Aznil Nawawi. Apa tajuk lagu ini? Tajuk lagunya adalah 'Cari Sendiri'.

20100115

Jamuan Raya JKR (03) penyanyi cantik

Sebenarnya ramai penyanyi yang mempersembahkan nyanyian mereka pada jamuan hari raya JKR Temerloh ini. Tetapi dek asyik mendengar cerita Pak De Mansor tak sempat nak rakamkan gambar lain-lain penyanyi. Janganpula penyanyi lain kecil hati, kalau terasa saya mintak maaf banyak-banyak. Nanti ada yang kata 'nak ambil gambar penyanyi yang lawa dan cantik aja'. Tak lawa tak cantik tak mau ambil. Kalau boleh saya nak ambil gambar semua penyanyi yang menyanyi.

Nanti Pak De Mansor pula yang kecil hati pula. Beliau tengan bersemangat nek bercerita tetiba nak gi ambil gambar orang nyanyi. Seolah-olah cerita orang tua-tua maca dia tak penting. Jadi habis la gambar masa saya dengan mendengar cerita Pak de Mansor Kg Buntut Pulau. Gambar ni pun saya rakamkan dari jauh. Tentu penyanyinya ingat tak ada orang ambil gambar dia menyanyi. Ada.
05
Sang suria
Menyinari kamarku
Indah bercahaya
Oh damainya jiwaku kini bersua
Kepadamu kasih

Tak terduga
Pertemuan pertama
Bawa bahagia
Oh serasa dunia bagai tersenyum
Lihat kita berdua
04
Padamu oh kasih
Ku curah segala
Kasih dan sayangku
Kan serah padamu seorang

Itulah oh janjiku kepada dirimu
Semoga dirimu jua pun begitu
03
Marilah kasih bersama memohon
Agar kebahagian
Sentiasa bersama

Suka dan duka bercinta
Itulah lumrah jiwa
Engkau dan aku
Tabah mengharungi
Terima kasih oh
Tuhan di atas pertemuan
Yang menyatukan aku dan dia
02
Bersama kita berdua
Membina istana
Lambang indahnya
Percintaan yang
Telah terpatri

Terima kasih oh tuhan
Di atas pertemuan
Menyatukan dua jiwa menjadi satu
01
Cuba teka lirik lagu sapa tu? untuk tau jawapannya klik DISINI.