Ketika mula-mula meronda di tebing Sungai Pahang di Kampung Kuala Sanggang, tiada sesiapa yang kelihatan. Pada perancangannya nak tangkap gambar pokok, bunga, air, kumbang dan kulat.
01
Kata penjala ikan, ini adalah sangkar ikan Jekey.
02
Tak bertanya pula dah berapa lama sangkar ikan ini roboh dan tak digunakan. Sangkar ini mulanya dimiliki oleh Mat Lias iaitu ayah Jekey.
03
Kalau melihat kesannya, ini adalah tempat kesukaan pemancing memancing ikan.
04
Ini adalah jentera pengorek pasir di Sungai Pahang. Pada masa dahulu kerja mengorek pasir dijalankan di sebelah sini. Kini ianya dijalankan disebelah sana pula.
05
Jambatan Temerloh. Nanti saya akan dapatkan gambar sekitar bawah jambatan ini. Mungkin dijadikan tempat memancing.