20090803

Galeri Tokoh Temerloh - Perasmian

Pada 18 Julai, 2009 (Sabtu) bersamaan 25 Rejab 1430H telah diadakan perasmian Galeri Tokoh di bangunan Lama Majlis Daerah Temerloh. Turut diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan mewarna, ada deklamasi puisi, ada nanyian lagu sudirman dan ada juga basikal lama. Nak cerita lebih-lebih tak patut rasanya pasal saya tak dapat buku aturcara majlis.

Disediakan juga nasi lemak ayam percuma. Ramai juga budak sekolah yang hadir pada hari ini.

Saya memang teruja sangat nak tengok galeri ini. Pada asalnya galeri ini mahu ditempatkan di bangunan baru Perpustakaan Awam Daerah Temerloh. Nama yang diumumkan di peringkat awal adalah Galeri Sako Sudir. Sebagai orang kelahiran Temerloh, memang nak sangat adanya sebuah galeri yang boleh menjadi pusat rujukan setempat bagi tokoh besar seperti Pak Sako dan Sudirman. Lebih sepuluh tahun penduduk Temerloh mendengan cakap-cakap tentang pembinaan galeri yang menjadi tumpuan orang-orang seperti saya.

Sebenarnya pada hari tersebut saya tidak mumpunyai banyak masa, oleh kerana minat yang mendalam terhadap Sako-Sudir saya tetap hadirkan diri di perasmian Galeri Tokoh ini. Sempat saya hadir di majlis ini lebih kurang satu jam.
01. Gambar yang dirakamkan dari luar galeri
.
Mulanya meminta bantuan Azmir MPT untuk memboleh saya melihat seketika isi kandung Galeri Tokoh ini. Azmir kata "Bimbang datuk tak bagi". Teringat saya kepada Datuk Norzan (Tan Mail), kalau beliau ada tentu mudah bagi saya.
02. Plak perasmian Galeri Tokoh
Sempat juga saya bertanya kepada petugas lelaki yang berkawal di pintu, gambar-ganbar Sudirman ini gambar yang belum pernah dipamirkan atau yang semua orang dah biasa lihat. Dia kata semua gambar yang orang pernah tengok. Hampa juga, saya bayangkan akan dapat melihat sekeping dua gambar Sudirman yang belum pernah dikeluarkan atau dipamerkan sebelum ini.

Tidak seperti Galeri Foto Sejarah Daerah Bera yang ditempatkan di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Didalam Galeri Foto Sejarah Daerah Bera ini menempatkan lebih kurang 40 keping gambar-gambar lama. Semua gambar-gambar tersebut tidak pernah dipamerkan dimana-mana.
03. Penonton yang hadir
.
Terdapat juga dalam Galeri Tokoh ini mesin taip Pak Sako. Saya tak pernah melihat mesin taip ini sebelum ini. Tetapi adik Pak Sako pernah menawarkan kepada saya untuk menyimpan sebuah mesintaip dan sehelai kain pelikat Pak Sako. Saya tidak memberikan jawapan. Kerana tanggungjawab ini berat. Lagi pun bimbang mesin taip tersebut berbunyi sendiri tengah-tengah malam.
04. Kain rentang di atas pentas
.
Saya lihat, Galeri Tokoh ini mengabungkan fungsi Muzium, Arkib dan Kraftangan. Di Galeri Tokoh ini anda boleh dapati barang-barang lama, dokumen-dokumen lama dan barang-barang kraftangan seperti lukah dan gasing.
05. Pintu hadapan Galeri Tokoh. Seorang penguatkuasa ditugaskan mengawal pintu masuk ke galeri
.
Saya dimaklumkan bahawa pembinaan Galeri Tokoh ini adalah hasil usaha dan kerativiti kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh. Mereka tidak menggunakan perunding atau penasihat khas bagi membina galeri ini. Usaha sebegini memang boleh menjimatkan wang rakyat. Syabas kepada kakitangan yang terlibat dalam pembinaan Galeri Tokoh ini.

Sama-samalah kita gunakan Galeri Tokoh ini sebaik-baiknya. Semoga in menjadi tempat rujukan penduduk Temerloh, Pahang dan Malaysia.

Links Berkaitan:
1. http://musaniblog.blogspot.com/2009/07/galeri-tokoh-temerloh.html