20100929

Buli di asrama sekolah di Temerloh

Akhir-akhir ini kerap kali cerita tentang buli di asrama sekolah di Temerloh sampai ke telinga saya. Saya tak berapa endah cerita ini mungkin kerana saya lebih meminati cerita-cerita Mat Kilau, Tok Bahaman, Cikgu Jantan, cerita zaman jepun dan cerita zaman komunis.

Tetapi betul ke buli semakin menjadi-menjadi di asrama-asrama di sekolah di Temerloh. Saya tak nak cerita pasal tempat lain. Mungkin semakin ramai mangsa buli yang semakain takut untuk mengadu. Pasal mangsa buli akan terus di buli oleh puak pembuli. Kalau satu atau dua orang dah kena buang asrama atau buang sekolah, puak pembuli masih ramai.

Pasal apa masih ramai? Pasal biasanya yang kena buli adalah seorang dan yang membuli adalah ramai.

Tapi, saya masih terfikir ... betul ke? Buli masih menjadi amalan masyarakat Melayu kita?

Terkelu dan terkedu apabila saya mendengar cerita-cerita anak-anak kita di asrama yang kena buli sampai terjejas prestasi pelajaran.

Betul ke, bangsa kita asyik membuli bangsa sendiri? Mungkin saya kena baca semula buku Sejarah Melayu atau buku Perihal Melayu.

(Lama sangat rasanya saya tak berkesempatan untuk updata blog Laman Temerloh)