20091119

Masjid Kg Lubuk Kawah

Ini adalah gambar sekitar Masjid Kampung Lubuk Kawah. Saya berusaha untuk merakamkan gambar ini setelah membaca ceritanya dalam blog "duridanapi.blogspot.com" [http://duridanapi.blogspot.com/2006/05/lubok-kawah-kampung-kecil-yang.html]. Katanya masjid ini telah berubah dan hanya tinggal tangga sahaja yang belum ditukar. Katanya lagi di tangga tersebut ada kesan peluru.

Rupanya masjid ini telah berubah sepenuhnya. Tangga pun telah ditukar kepada tangga simen. Kalau ada kesempatan saya akan dapatkan cerita orang tua-tua sekitar tentang Masjid Kampung Lubuk Kawah ini. Jangan-jangan ini bukan Masjid Kampung Lubuk Kawah.
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01
Link Berkaitan:
1. http://lamantemerloh.blogspot.com/2009/09/duridanapiblogspotcom.html