20110110

Kelab Temerloh Koi Blogspot


(sumber gambar kelab-temerlohkoi.blogspot.com)

SEHINGGA 15 oGOS 2010, SERAMAI 235 ORANG TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI AHLI KELAB.

DASAR
KTK diwujudkan bukan untuk bersaing dengan mana-mana kelab yang sedia ada. KTK adalah alternatif kepada mereka yang inginkan kelainan yang tiada di kelab-kelab yang lain. KTK juga berazam akan berkerjasama dengan kelab-kelab yang sedia ada yang telah menerima KTK sebagai rakan Facebook mereka.

KTK diwujudkan untuk dijadikan sebagai tempat untuk masyarakat Temerloh mempromosikan perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai asalkan ianya bukan jenis perniagaan atau perkhidmatan yang tidak dibenarkan dari segi undang-undang.

KTK diwujudkan untuk tidak membenarkan sebarang unsur-unsur atau isu-isu politik kepartian dipaparkan melalui Facebook KTK.

KTK diwujudkan untuk tidak membenarkan paparan sebarang bentuk cacian, hinaan, kecaman, sindiran atau yang seumpamanya terhadap mana-mana individu atau mana-mana organisasi melalui Facebook KTK.

OBJEKTIF
Mengeratkan perpaduan yang sedia ada di kalangan masyarakat Temerloh samada mereka yang menetap di Temerloh atau di luar Temerloh kearah lebih baik dan memantapkan ekonomi melalui pembentukan kelab berdaftar, penubuhan koperasi dan sebagainya.

Mengenal pasti, membukukan, mengekalkan serta mengidentitikan loghat Temerloh di persada kehidupan seharian masyarakat di Temerloh khususnya dan Malaysia amnya.

Mengekalkan tinggalan tinggalan sejarah seumpama paparan Gambar Klasik Temerloh supaya dapat menjadi bahan tatapan generasi akan datang.

Menyalurkan info semasa berkaitan Temerloh serta menghebahkan maklumat dari masa ke semasa.


(sumber gambar facebook)