20090727

Basikal Lama

Gambar ini dirakamkan berhampiran bangunan lama Majlis Daerah Temerloh. Di bangunan ini dahulu terdapat Perpustakaan Awam Cawangan Temerloh. Selain perpustakaan, pernah ada Pejabat Agensi Dadah Kebangasaan, Pejabat Belia dan Sukan dan pejabat peguam. Bahagian bawah sekali pernah ada Kedai Dobi Wahab dan sebuah klinik swasta. Kini semuanya berubah.

Pada hari ini (18.7.2009 - sabtu) saya berkesempatan merakamkan koleksi basikal-basikal lama yang dihimpunkan sempena Perasmian Galeri Tokoh.
01
Masih kelihatan keaslian karatnya basikal lama ini.
02
Mungkin susah nak dapatkan barang ganti yang asli sekarang ini.
03
Basikal ini boleh ini boleh membawa muatan sehingga seguni beras yang beratnya 50kg.
04
Seronok juga dapat kayuh ramai-ramai dengan basikal lama.
05
Penganjur harus bersungguh menggerakkan kumpulan basilak lama ini. Kewujudan basikal ini boleh menonjolkan identiti baru bari bandar Temerloh.
Canon S5IS.

20090719

Nak mula dengan apa?

Buat masa ini, tak pasti lagi. Nak masukkan gambar yang kebelakang atau yang kedepan. Gambar yang kebelakang pun banyak juga. Gambar yang terbaru pun banyak juga. Antaranya yang dirakamlan pada 18hb Julai 2009 (Sabtu):

1. Basikal lama - 8 kpg
2. Galeri Tokoh Temerloh- 30 kpg
3. Baby Kampung Darat Sanggang - 12 kpg
4. Ikan Toman Bunga - 12 kpg

Pada 19hb Julai, 2009 (Ahad) berpeluang merakamkan gambar-gambar di sekitar Sungai Pahang di Sanggang, antaranya adalah:

1. Buah dan bunga di tepi sungai- 7 kpg
2. Kanak-kanak mandi sungai - 18 kpg
3. Menjala Ikan Sungai - 21 kpg
4. Sekitar sungai: Pam Pasir, Jambatan dan Sangkar Ikan Lama- 7 kpg

kalau nak masukkan gambar yang kebelakang, kena semak satu-satu pada semua CDR yang ada. Salin semula dalam hard disk, dan tu baru 'upload' ket Laman Temerloh. Banyak juga kerja nak kena buat. Yang pastinya kena buat perlahan-perlahan.

Sekian. Terima Kasih.

Selamat Datang

Blog Laman Temerloh ini dibuat khas untuk menyimpan Foto dan Info tentang Orang Temerloh dan tentang Daerah Temerloh. Sayang juga rasanya bila gambar-gambar yang dirakamkan disimpan dalam hard disk dan dalam CDR sahaja. Kalau simpan dalam blog boleh juga sesiapa yang berminat nak tengok-tengok. Nak simpan dalam flickr.com, rasanya saya ni bukanlah jurufoto yang hebat sangat. Malu pulak orang tengok hasil yang setakat ok-ok je. Setakat jurufoto main-main bukan jurukamera cari makan.

Selain daripada gambar-gambar ada juga info-info yang dikutip atau orang cerita. Saya suka juga mendengar orang lama bercerita. Kalau setakat untuk pengatahuan saya seorang, membazir sangat rasanya. baik ditulis dalam blog. Boleh juga dijadikan tempat menyimpan dan dalam masa yang sama boleh juga sesiapa yang nak tompang baca. Kalau nak kata penulis, belum sampai ke tahap tu rasanya. Kalau nak kata wartawan, lagi tinggi tahap tu. Kalau setakat penulis blog atau wartawan blog ... mungkin ada sikit-sikit. Berkat pernah berkursus dengan Pak Sako pada satu masa dahulu. Masih ada keratan akhbar dan gambarnya. Nanti saya cari dan letakkan dalam blog Laman Temerloh ini.

Akhir kata, kalau ada sesiapa yang terbaca blog ini jangan harapkan lebih-lebih sangat. Tangkap gambar pun lebih-lebih kurang aja. Menulis pulak setakat cukup-cukup aja.

Sekian. Terima Kasih.