Blog Laman Temerloh ini dibuat khas untuk menyimpan Foto dan Info tentang Orang Temerloh dan tentang Daerah Temerloh. Sayang juga rasanya bila gambar-gambar yang dirakamkan disimpan dalam hard disk dan dalam CDR sahaja. Kalau simpan dalam blog boleh juga sesiapa yang berminat nak tengok-tengok. Nak simpan dalam flickr.com, rasanya saya ni bukanlah jurufoto yang hebat sangat. Malu pulak orang tengok hasil yang setakat ok-ok je. Setakat jurufoto main-main bukan jurukamera cari makan.
Selain daripada gambar-gambar ada juga info-info yang dikutip atau orang cerita. Saya suka juga mendengar orang lama bercerita. Kalau setakat untuk pengatahuan saya seorang, membazir sangat rasanya. baik ditulis dalam blog. Boleh juga dijadikan tempat menyimpan dan dalam masa yang sama boleh juga sesiapa yang nak tompang baca. Kalau nak kata penulis, belum sampai ke tahap tu rasanya. Kalau nak kata wartawan, lagi tinggi tahap tu. Kalau setakat penulis blog atau wartawan blog ... mungkin ada sikit-sikit. Berkat pernah berkursus dengan Pak Sako pada satu masa dahulu. Masih ada keratan akhbar dan gambarnya. Nanti saya cari dan letakkan dalam blog Laman Temerloh ini.
Akhir kata, kalau ada sesiapa yang terbaca blog ini jangan harapkan lebih-lebih sangat. Tangkap gambar pun lebih-lebih kurang aja. Menulis pulak setakat cukup-cukup aja.
Sekian. Terima Kasih.