20140427

04 Bird Count 2014 - ayam, bangau, barau, belatuk, belibis dan berek-berek.

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Nama-burung yang bermula dengan A adalah Angsa Kanada, Angsa Hitam, Angsa Mesir, Ayam-ayam
Ayam, Ayam Belanda, Ayam Hutan, Ayam Mata Merah, Ayam Pegar
2. Nama burung bangau yang ada di Malaysia adalah Burung Bangau,  Burung Bangau Alba, Burung Bangau Bakau,  Burung Bangau,  Batu,     Burung Bangau Besar,     Burung Bangau Cina,     Burung Bangau Kecil,     Burung Bangau Kendi,     Burung Bangau Kerbau,     Burung Bangau Keria,     Burung Bangau Leher Hitam, dan Burung Bangau Paya.
3.Burung barau ada dua iaitu Burung Barau Bukit dan Burung Barau-barau.
4.Burung bayan yang ada adalah
5.Burung belatuk adalah  Burung Belatok Belang,     Burung Belatok Biji Nangka,     Burung Belatok Gajah,     Burung Belatok Kecil,     Burung Belatuk Awan,     Burung Belatuk Bakau,     Burung Belatuk Baldu,     Burung Belatuk Belacan,     Burung Belatuk Belacan Kecil,     Burung Belatuk Belang,     Burung Belatuk Besar Tengkuk Kuning,     Burung Belatuk Biji Nangka,     Burung Belatuk Bulan,     Burung Belatuk Buluh,     Burung Belatuk Daun,     Burung Belatuk Daun Rintik,     Burung Belatuk Gunung,     Burung Belatuk Hijau,     Burung Belatuk Jati,     Burung Belatuk Kasturi,     Burung Belatuk Kecil,     Burung Belatuk Kecil Melayu,     Burung Belatuk Kecil Tengkuk Kuning,     Burung Belatuk Kelabu,     Burung Belatuk Kerdil Api,     Burung Belatuk Kerdil Bintik,     Burung Belatuk Kerdil Kening Putih,    Burung Belatuk Kuda,     Burung Belatuk Maharaja,     Burung Belatuk Mas,     Burung Belatuk Merah,     Burung Belatuk Perut Putih,     Burung Belatuk Pinang Muda,     Burung Belatuk Pinang Rimba,     Burung Belatuk Pinang Tua,     Burung Belatuk Punggur,     Burung Belatuk Ranting,     Burung Belatuk Ranum,     Burung Belatuk Rimba,     Burung Belatuk Sisik,     Burung Belatuk Sunda,     Burung Belatuk Tengkuk Kuning Besar,     Burung Belatuk Tengkuk Kuning Kecil,     Burung Belatuk Tonggek, dan Burung Belatuk Tuki-tuki

6.Ada juga burung yang namanya  Burung Belibis Kecil, Burung Belibis Kembang dan Burung Bentet Kelabu

7.Burung berek-berek juga ada banyak jenis:Burung Berek-berek Carik Dada,     Burung Berek-berek Dada Coklat,     Burung Berek-berek Janggut Merah,     Burung Berek-berek Pirus, Burung Berek-berek Rengkung Biru,     Burung Berek-berek Sawah dan Burung Berek-berek Senja.

20140420

03 Bird Count 2014 - botak, but-but, cecawi, cegar, cekup dan cekup daun

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Burung pun ada juga yang botak, Ada lebih kurang 12 jenis burung botak. Berikut adalah senarai nama burung botak antaranya adalah:
1. Burung Botak Burung Botak Babi
2. Burung Botak Babi Besar
3. Burung Botak Besar
4. Burung Botak Hutan
5. Burung Botak Kecil
6. Burung Botak Leher Hitam
7. Burung Botak Padang
8. Burung Botak Padi
9. Burung Botak Siput
10. Burung Botak Storm
11. Burung Botak Upeh
12. Burung Botak Upih
2. Jenis-jenis burung but-but adalah: 1. Burung But-but Cari Anak 2. Burung But-but Carik Anak 3. Burung But-but Hutan 4. Burung But-but Jari Pendek 5. Burung But-but Kecil
3. Antara nama-nama pelik burung adalah burung carik, burung coklat dan burung caladi kalau ada yang bernasib baik mungkin berkesempatan untuk berjumpa dengan Burung Carik Kafan, Burung Cakar Coklat dan Burung Caladi Batu.
4.Ada juga burung yang dinamakan cecawi, ada 6 jenis burung cecawi antaranya adalah:1. Burung Cecawi
2. Burung Cecawi Anting-anting 3. Burung Cecawi Hamba Kera 4. Burung Cecawi Hitam 5. Burung Cecawi Paruh Tebal 6. Burung Cecawi Rantau
5.Ada tempat yang dinamakan Felda Chegar Perah di kuala Lipis Pahang. Ada pula burung dinamakan Burung Cegar Besar.
6. Terdapat juga burung yang dinamakan burung cekup iaitu Burung Cekup Alis Hitam dan Burung Cekup Belakang Perang.
7.Selain Burung Cekup Alis Hitam dan Burung Cekup Belakang Perang ada juga burung cekup daun, antaranya adalah 1. Burung Cekup Dada Kuning  2. Burung Cekup Daun Artik  3. Burung Cekup Daun Bakau  4. Burung Cekup Daun Paruh Pendek 5. Burung Cekup Daun Tongkeng Kuning

20140413

02 Bird Count 2014 - Kumpulan Mutiara Resot

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Peserta akan membuat 'Bird Count' di empat kawasan iaitu:
1. Swamp Loop
2. Tahan Hide
3. Lubok Simpoh
4. Mutiara Resot

Kesemua peserta telah dipecahkan kepada 8 kumpulan. Kumpulan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah dimasukkan dalam kumpulan yang akan membuat Bird Count di sekitar Mutiara Resort. Peserta dalam kumpulan ini terdiri dari UiTM dan IKIP. Nama mereka adalah seperti berikut:

IKIP
Nur Shahirah Aminena
Nur Atikah Bt Mohd Nazri
Nur Adrina bt Mohd Yassin
Sakila a/p Atan
Ahmad Qayyum b Azmi

UiTM
Nur Hidayah Asilah Bt Az'don
Syaza Ulfah Ghazali
Lailatul Maghfiroh bt Ansah
Mohd Nazrin b Abd Malek
Mohammad Khidir Asri b Musta'alim
Huzuin Jan bt Abdul Hamid
Nor Assyikin bt Jasni
Ummie Atiqanajwa bt Samsuri
Amirudin b Razhali
Rabiatul Nabilah bt Rohaizan

Kumpulan Mutiara Resot ini diketuai oleh Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland yang mempunyai pengalaman yang luas dalam mengenali burung.

Perkara yang paling penting sebelum memulakan Bird Count adalah tentang TEROPONG.

Terdapat tiga reka bentuk asas teropong moden:

Porro Prism
Mempunyai bentuk tardisional, lebih besar serta berat tetapi mempunyai 'depth perception' yang lebih baik berbanding Roof Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan kualiti yang terbaik.

Roof Prism
Mempunyai bentuk lebih moden kerana mempunyai 'straight barrels'. Lebih ringan dari Porro Prism tetapi lebih mahal berbanding Porro Prism. Manakala  'depth perception' tidak sebaik Porro Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan kualiti yang baik tetapi lebih ringan.

Reverse Porro Prism
Teropong ini adalan berbentuk 'Inverted design'. Ianya kecil dan ringan. Manakala 'Depth perception' tidak sebaik Porro Prism dan Roof Prism . Harga teropong Reverse Porro Prism lebih rendah berbanding Porro Prism dan Roof Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan teropong yang murah dan senang dibawa.

Mono
Teropong mono mempunyai satu kanta sahaja. Ianya tidak kelihatan seperti sebuah teropong. Terdiri dari pelbagai 'depth perception' bergantung kepada harga yang sanggup. Saiznya terdiri dari segengam tangan hingga kepada sebesar peha.
1. Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland
Teropong perlu diselaraskan dengan mata kita. Mereka yang menggunakan cermin mata perlukan penyelarasan yang berbeza berbanding mereka yang tidak menggunakan cermin mata.
2. Jika teropong tidak dilaraskan dengan bentu dan tepat untuk mata masing-masing, mata kita akan cepat letih dan kita akan pening kepala. Kesudahannya aktiviti Bird Count akan menjadi aktiviti yang tidak seronok.
3. Bukan perkara yang mudah untuk kita melihat menerusi teropong dan terus jumpa burung yang kita nak lihat.
4. Baru sahaja memulakan aktiviti Bird Count, sudah ada yang rasa sakit tengkok.
5. Wakti pagi adalah waktu yang baik untuk melihat burung.
6. Tidak semestinya kita memandang ke atas untuk melihat burung. Ada juga burung yang akan turun ke tanah.
7. Paling penting adalah untuk tidak mudah putus asa untuk melihat burung.
8. Ada ketikanya kawan-kawan boleh nampak burung tersebut tetapi kita tidak nampak walaupun berulang kali (berbuih mulut) kawan menunjukkan arahnya.
9. Aktiviti Bird Count adalah aktiviti yang sesuai untuk semua golongan umur.

20140406

01 Bird Count 2014 - Count For Fun

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Kesemua peserta telah dipecahkan kepada 8 kumpulan. Peserta akan membuat 'Bird Count' di empat kawasan iaitu:
1. Swamp Loop
2. Tahan Hide
3. Lubok Simpoh
4. Mutiara Resot
1. Kain rentang yang mempromosikan Taman Negara Bird Count 2014
2. Peta Semenanjung Tanah Melayu. Ditengah-tengan adalah Taman Negara Pahang.
3. Kumpulan Mutiara Resot diketuai oleh Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland. Kumpulan ini adalah gabungan IKIP, UiTM dan PPAP (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

4. Peserta  IKIP Kuantan
Nur Shahirah Aminena, Nur Atikah Bt Mohd Nazri, Nur Adrina bt Mohd Yassin, Sakila a/p Atan dan
Ahmad Qayyum b Azmi
5.Peserta UiTM
Nur Hidayah Asilah Bt Az'don, Syaza Ulfah Ghazali, Lailatul Maghfiroh bt Ansah, Mohd Nazrin b Abd Malek, Mohammad Khidir Asri b Musta'alim, Huzuin Jan bt Abdul Hamid, Nor Assyikin bt Jasni
Ummie Atiqanajwa bt Samsuri, Amirudin b Razhali dan Rabiatul Nabilah bt Rohaizan
6. "Burung! Mu Tunggu Aku Datang"
7. Kami datang dengan 'Langkan Kanan', Encik Ismail Mama mahukan kumpulan ini mengesan 40 jenis burung.

20140402

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

Tarikh 23 April telah dipilih sebagai hari Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. Tarikh ini telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.. Ianya adalah bertujuan untuk memertabatkan buku sebagai sumber pengatahuan. Dalam era teknologi yang semakin maju, buku perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya supaya terus bersesuaian dengan era ini.

Untuk menyokong sambutan ini, program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) akan diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia.

Program ini adalah pengisian program gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun. Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

Melalui program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) semua peserta tanpa mengira apa jua latarbelakang, pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Pelaksanaan program  JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dengan keperluan masyarakat.

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) merupakan  inisiatif membaca di perpustakaan awam negeri bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Usaha ini akan dijalankan dengan sokongan sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA/IPTS, Jabatan kerajaan, NGO dan individu yang berminat.

MARILAH KITA MEMBACA SERENTAK PADA:
Tarikh: 22 April 2014
Hari: Selasa
Masa mula: 10.00 pagi
Masa tamat: 10.10 pagi
Tempoh masa: 10 minit.
Bahan bacaan: apa-apa bahan yang bermanafaat.
Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.

Tunjukkan minat kepada budaya membaca dengan menyertai JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES).

Kepada pembaca blog yang berminat menyokong JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) marilah kita membaca serentak bersama-sama seluruh negeri Pahang dan seluruh Malaysia pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi - iaitu selama masa 10 minit sahaja.

Marilah bersama 1.2 juta seluruh Malaysia untuk menunjuk 'KITA SUKA ILMU, KITA SUKA MEMBACA' bagi mencipta rekod Membaca Se Malaysia.

20140401

Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014 (UTC Pahang Photo Contest 2014)

UTC Pahang bakal menyambut ulangtahun pertamanya pada bulan April 2014. Pengurusan UTC Pahang akan mengadakan Pertandingan Fotografi UTC Pahang pada 1-7hb April 2014. Pertandingan terbuka kepada semua ahli dan peminat fotografi.


Peserta perlu mengambil gambar dengan cara yang menarik dan dapat nenonjolkan keberkesanan perkhidmatan UTC Pahang kepada masyarakat dengan tema "PENGUNJUNG UTC PAHANG". "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang. Peserta boleh juga menggunakan model yang ditanggung sendiri oleh peserta. Dan... yang penting Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd sahaja. Cetak ditempat lain tidak diterima.
.
Penyampaian hadiah diadakan pada 9 April 2014.
.
Hadiah pertama:
Wang tunai RM700.00 serta sijil dan 
kupon bagi penggunaan percuma bagi kemudahan berbayar di UTC Pahang.
.
Hadiah kedua:
RM350.00 serta sijil
.
Hadiah ketiga
RM200.00 serta sijil
Lima hadiah saguhati:
.
RM50 serta sijil
.
Untuk maklumat lanjut
Puan Sharifah bt Muhammad Ali
09-5124999
013-9815429
email: sharifah@mpk.gov.my
Faks: 09-5124089
.
TARIKH TUTUP
7 APRIL 2014
Download BORANG Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014
1. Tema Pertandingan Fotografi UTC Pahang adalah "Pengunjung UTC Pahang"
2. "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang.
3. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia kecuali kakitangan
Majlis Perbandaran Kuantan dan WTY Foto Sdn. Bhd.
4. Kamera digital sahaja dibenarkan.
5. Penyertaan perlu disertakan dengan gambar warna saiz (minima) 8"x12" dan disertakan dengan CD.
6. Penggunaan teknik pengambaran dan cetakan boleh dipertimbangkan.
7. Saiz minima gambar 3MB.
8. Dibelakang gambar perlu ada
- Nama penuh
- Alamat / No. Telefon
- No. KP
- Tajuk gambar
- Lokasi gambar
9. Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd.