20090831

Menjala Ikan Di Sungai Pahang

Ketika sedang seronok mendapatkan posisi yang baik untuk merakamkan aksi kanak-kanak mandi sungai tiba-tiba turun seorang lelaki dengan jalanya. Katanya dia baru sudah menjala ikan di paya. Tujuan beliau menjala di Sungai Pahang sesudah menjala di paya adalah
(1) nak dapatkan ikan sungai
(2) nak basuh jala

Kata beliau lagi, sekarang ni susah nak dapatkan ikan-ikan besar. Kalau dahulu senang, kat tepi-tepi sahaja boleh dapat ikan besar. Sekarang dapat ikan kecil-kecil sahaja.
01
Sekali tebar dapat seekor ikan kecil.
02
Dua kali tebar dapat dua ekor ikan kecil.
03
Sampai sepuluh kali tebar, baru dapat sepuluh ekor ikan.
04
Kalau dahulu, sekali tebar boleh dapat 10 ekor ikan. Sekarang ni ada masa sepuluh kali tebar baru dapat seekor ikan. Zaman dah berubah.
05
Canon S5is

20090824

Mandi Sungai Pahang

Ketika meredah semak ditepi tebing Sungai Pahang, terserempak dengan kanak yang sedang mandi. Kelihatan dibelakang kanak-kanak tersebut adalah jambatan Temerloh. Nampak sungguh besar dan tegap jambatan tersebut.

kanak-kanak tersebut sedang membuat kajian terhadap kijing yang mereka temui dalam tanah di tepi sundai. tak sempat nak tangkap gambar kijing tersebut kerana telah dicampakkan kembali ke sungai.
01
02
03
04
Canon S5is

20090817

Bunga dan buah

Gambar ini dirakamkan ditepi tebing sunggai di Kampung Kuala Sanggang. Lokasinya dibelakang rumah manja. Pada masa dahulu terdapat rumah Tok Empat Lah di sini. Kini rumah beliau telah dirobohkan.
01. Buah kuini
02. Bedara atau mata kucing.
03
04
05
Canon S5IS

20090810

Ikan Toman Bunga

Gambar ikan toman bunga (Great Snakehead = Channa marulius) ini dirakamkan di Sanggang. Kebiasaannya kita dapat melihat ikan ini tinggal seekor diri sahaja. Tetapi di kampung Darat Sanggang ini ia bukan setakat tinggal berdua tetapi turut tinggal serumah dengan mereka adalah ikan-ikan lain.
01
Awas.
02
Hati-hati.
03
Jaga-jaga.
04
Ingat-ingat.
05
Canon S5IS

20090803

Galeri Tokoh Temerloh - Perasmian

Pada 18 Julai, 2009 (Sabtu) bersamaan 25 Rejab 1430H telah diadakan perasmian Galeri Tokoh di bangunan Lama Majlis Daerah Temerloh. Turut diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan mewarna, ada deklamasi puisi, ada nanyian lagu sudirman dan ada juga basikal lama. Nak cerita lebih-lebih tak patut rasanya pasal saya tak dapat buku aturcara majlis.

Disediakan juga nasi lemak ayam percuma. Ramai juga budak sekolah yang hadir pada hari ini.

Saya memang teruja sangat nak tengok galeri ini. Pada asalnya galeri ini mahu ditempatkan di bangunan baru Perpustakaan Awam Daerah Temerloh. Nama yang diumumkan di peringkat awal adalah Galeri Sako Sudir. Sebagai orang kelahiran Temerloh, memang nak sangat adanya sebuah galeri yang boleh menjadi pusat rujukan setempat bagi tokoh besar seperti Pak Sako dan Sudirman. Lebih sepuluh tahun penduduk Temerloh mendengan cakap-cakap tentang pembinaan galeri yang menjadi tumpuan orang-orang seperti saya.

Sebenarnya pada hari tersebut saya tidak mumpunyai banyak masa, oleh kerana minat yang mendalam terhadap Sako-Sudir saya tetap hadirkan diri di perasmian Galeri Tokoh ini. Sempat saya hadir di majlis ini lebih kurang satu jam.
01. Gambar yang dirakamkan dari luar galeri
.
Mulanya meminta bantuan Azmir MPT untuk memboleh saya melihat seketika isi kandung Galeri Tokoh ini. Azmir kata "Bimbang datuk tak bagi". Teringat saya kepada Datuk Norzan (Tan Mail), kalau beliau ada tentu mudah bagi saya.
02. Plak perasmian Galeri Tokoh
Sempat juga saya bertanya kepada petugas lelaki yang berkawal di pintu, gambar-ganbar Sudirman ini gambar yang belum pernah dipamirkan atau yang semua orang dah biasa lihat. Dia kata semua gambar yang orang pernah tengok. Hampa juga, saya bayangkan akan dapat melihat sekeping dua gambar Sudirman yang belum pernah dikeluarkan atau dipamerkan sebelum ini.

Tidak seperti Galeri Foto Sejarah Daerah Bera yang ditempatkan di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Didalam Galeri Foto Sejarah Daerah Bera ini menempatkan lebih kurang 40 keping gambar-gambar lama. Semua gambar-gambar tersebut tidak pernah dipamerkan dimana-mana.
03. Penonton yang hadir
.
Terdapat juga dalam Galeri Tokoh ini mesin taip Pak Sako. Saya tak pernah melihat mesin taip ini sebelum ini. Tetapi adik Pak Sako pernah menawarkan kepada saya untuk menyimpan sebuah mesintaip dan sehelai kain pelikat Pak Sako. Saya tidak memberikan jawapan. Kerana tanggungjawab ini berat. Lagi pun bimbang mesin taip tersebut berbunyi sendiri tengah-tengah malam.
04. Kain rentang di atas pentas
.
Saya lihat, Galeri Tokoh ini mengabungkan fungsi Muzium, Arkib dan Kraftangan. Di Galeri Tokoh ini anda boleh dapati barang-barang lama, dokumen-dokumen lama dan barang-barang kraftangan seperti lukah dan gasing.
05. Pintu hadapan Galeri Tokoh. Seorang penguatkuasa ditugaskan mengawal pintu masuk ke galeri
.
Saya dimaklumkan bahawa pembinaan Galeri Tokoh ini adalah hasil usaha dan kerativiti kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh. Mereka tidak menggunakan perunding atau penasihat khas bagi membina galeri ini. Usaha sebegini memang boleh menjimatkan wang rakyat. Syabas kepada kakitangan yang terlibat dalam pembinaan Galeri Tokoh ini.

Sama-samalah kita gunakan Galeri Tokoh ini sebaik-baiknya. Semoga in menjadi tempat rujukan penduduk Temerloh, Pahang dan Malaysia.

Links Berkaitan:
1. http://musaniblog.blogspot.com/2009/07/galeri-tokoh-temerloh.html