20131218

Popular Posts 18.12.2013

  1. Ketika sedang seronok mendapatkan posisi yang baik untuk merakamkan aksi kanak-kanak mandi sungai tiba-tiba turun seorang lelaki dengan jala...
  2. Kayuhan Basikal ke Gunung Senyum turut disertakan acara melepaskan anak ikan dan menanam pokok. Untuk melihat gambar sekitar Program Kayuha...
  3. Gambar ikan toman bunga (Great Snakehead = Channa marulius) ini dirakamkan di Sanggang. Kebiasaannya kita dapat melihat ikan ini tinggal see...
  4. (sumber gambar kelab-temerlohkoi.blogspot.com ) SEHINGGA 15 oGOS 2010, SERAMAI 235 ORANG TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI AHLI KELAB. DASAR KT...
  5. Ini adalah pemandangan waktu senja di Taman Kubang Gajah Temerloh Pahang Malaysia. Gambar ini hanyalah gambaran sahaja, kami tak sempat nak ...
  6. Ada banyak cerita tentang rakan kita Encik Baha yang berkedai di Lurah Semantan. Untuk membaca dan melihat gambarnya anda boleh klik DISINI...
  7. Gambar ini dirakamkan berhampiran bangunan lama Majlis Daerah Temerloh. Di bangunan ini dahulu terdapat Perpustakaan Awam Cawangan Temerloh....
  8. Ketika mula-mula meronda di tebing Sungai Pahang di Kampung Kuala Sanggang, tiada sesiapa yang kelihatan. Pada perancangannya nak tangkap ga...
  9. Umi Kraf diusahakan oleh Puan Raenah binti M.Yusof yang menjalankan usaha krafnya di kampung Kuala Sanggang. Beliau banyak menghasilkan ba...

20111006

Gunung Senyum Temerloh Pahang


Kayuhan Basikal ke Gunung Senyum turut disertakan acara melepaskan anak ikan dan menanam pokok. Untuk melihat gambar sekitar Program Kayuhan Gunung Senyum klik DISINI.

20110510

Ummi Kraf Sanggang Temerloh Pahang

Umi Kraf diusahakan oleh Puan Raenah binti M.Yusof yang menjalankan usaha krafnya di kampung Kuala Sanggang. Beliau banyak menghasilkan barangan menggunakan upih pinang.
03
Umi kraf juga menghasilkan kram menggunakan kertas dan lain-lain bahan terbuang.
02
UUmi Kraf boleh dihubungi dinombor 017-9304838.
01
Kraf yang menggunakan upih pinang, buah pinang dan lidi kelapa.

20110419

Norzibar Enterprise

Ada banyak cerita tentang rakan kita Encik Baha yang berkedai di Lurah Semantan.

Untuk membaca dan melihat gambarnya anda boleh
klik DISINI
[http://lamanpahang.blogspot.com/search/label/Usahawan%20Norzibar%20Enterprise]

Antara cerita yang ada adalah:

Serombong Anjing

Tibicos Mushroom

Kedai Parang Triang

Racik Ayam

20110110

Kelab Temerloh Koi Blogspot


(sumber gambar kelab-temerlohkoi.blogspot.com)

SEHINGGA 15 oGOS 2010, SERAMAI 235 ORANG TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI AHLI KELAB.

DASAR
KTK diwujudkan bukan untuk bersaing dengan mana-mana kelab yang sedia ada. KTK adalah alternatif kepada mereka yang inginkan kelainan yang tiada di kelab-kelab yang lain. KTK juga berazam akan berkerjasama dengan kelab-kelab yang sedia ada yang telah menerima KTK sebagai rakan Facebook mereka.

KTK diwujudkan untuk dijadikan sebagai tempat untuk masyarakat Temerloh mempromosikan perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai asalkan ianya bukan jenis perniagaan atau perkhidmatan yang tidak dibenarkan dari segi undang-undang.

KTK diwujudkan untuk tidak membenarkan sebarang unsur-unsur atau isu-isu politik kepartian dipaparkan melalui Facebook KTK.

KTK diwujudkan untuk tidak membenarkan paparan sebarang bentuk cacian, hinaan, kecaman, sindiran atau yang seumpamanya terhadap mana-mana individu atau mana-mana organisasi melalui Facebook KTK.

OBJEKTIF
Mengeratkan perpaduan yang sedia ada di kalangan masyarakat Temerloh samada mereka yang menetap di Temerloh atau di luar Temerloh kearah lebih baik dan memantapkan ekonomi melalui pembentukan kelab berdaftar, penubuhan koperasi dan sebagainya.

Mengenal pasti, membukukan, mengekalkan serta mengidentitikan loghat Temerloh di persada kehidupan seharian masyarakat di Temerloh khususnya dan Malaysia amnya.

Mengekalkan tinggalan tinggalan sejarah seumpama paparan Gambar Klasik Temerloh supaya dapat menjadi bahan tatapan generasi akan datang.

Menyalurkan info semasa berkaitan Temerloh serta menghebahkan maklumat dari masa ke semasa.


(sumber gambar facebook)

20100929

Buli di asrama sekolah di Temerloh

Akhir-akhir ini kerap kali cerita tentang buli di asrama sekolah di Temerloh sampai ke telinga saya. Saya tak berapa endah cerita ini mungkin kerana saya lebih meminati cerita-cerita Mat Kilau, Tok Bahaman, Cikgu Jantan, cerita zaman jepun dan cerita zaman komunis.

Tetapi betul ke buli semakin menjadi-menjadi di asrama-asrama di sekolah di Temerloh. Saya tak nak cerita pasal tempat lain. Mungkin semakin ramai mangsa buli yang semakain takut untuk mengadu. Pasal mangsa buli akan terus di buli oleh puak pembuli. Kalau satu atau dua orang dah kena buang asrama atau buang sekolah, puak pembuli masih ramai.

Pasal apa masih ramai? Pasal biasanya yang kena buli adalah seorang dan yang membuli adalah ramai.

Tapi, saya masih terfikir ... betul ke? Buli masih menjadi amalan masyarakat Melayu kita?

Terkelu dan terkedu apabila saya mendengar cerita-cerita anak-anak kita di asrama yang kena buli sampai terjejas prestasi pelajaran.

Betul ke, bangsa kita asyik membuli bangsa sendiri? Mungkin saya kena baca semula buku Sejarah Melayu atau buku Perihal Melayu.

(Lama sangat rasanya saya tak berkesempatan untuk updata blog Laman Temerloh)

20100402

Bulatan Kecil dan Tandas Awam

Ini adalah bulatan berhampiran Pekan Sehari Temerloh. Juga Berhampiran dengan Masjid Temerloh. Juga berhampiran dengan bangunan MCA Temerloh dan SRJKC Khee Chee Temerloh. Tidak berapa jauh dengan Rumah Rehat Temerloh (Rest House Temerloh) yang sensasi.

Kelebihan bulatan ini adalah kenderaan yang telah berada dalam bulatan kena beri laluan kepada kenderaan yang hendak memasuki dalam bulatan ini. Pasal kenderaan yang hendak memasuki bulatan ini perlu mendaki bukit dan selalunya pemandunya tidak akan berhenti sebelum tamat mendaki bukit. Iaitu setelah masuk kedalam bulatan.
05
04
03
Ini pula adalah tandak berhampiran hentian bas lama yang berada di tepi sungai juga di tepi Pekan Sehari Temerloh. Juga berhampiran dengan pam minyak petronas.
02
01