20100129

Sungai Pahang 01.11.09

Sambil jalan-jalan di pekan sehari Temerloh, mata terintai-intai sesuatu yang menarik di sungai pahang untuk dirakamkan. Dah jenuh perhati dan jeling-jeling mak ini sajalah yang dapat dirakamlan pada hari ini.
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01

20100127

Gerai Bawah Pokok

Makanan ini kita boleh dapati di gerai bawah pokok dekat Jambatan Temerloh. Dekat dengan simpang yang ada lampu isyarat nak gi ke Triang. Bersebelahan dengan stesyen pam minyak. Bersebelah dengan bangkel baiki moto. Gerai jual goreng pisang, keropok dan mee celop ni dijalankan oleh isterinya Thailand. Yang membaiki moto ni, suaminya Kelantan.

Yang datang makannya, Orang bandar Temerloh, Orang Buntut Pulau, Orang Bukit Angin, Orang Triang/Bera dan orang-orang sekitarnya.

Makan sekali, nak berhenti berkali-kali.
05
Kerpok bersalut tepung dan lada cicahnya.
04
Juga kerpok bersalut tepong.
03
Waa sedapnya, sentiasa teringat nak gi makan kat bawah pokok.
02
Mee hon celup.
01

20100125

20100123

Taman Kubang Gajah (03) senja

Ini adalah pemandangan waktu senja di Taman Kubang Gajah Temerloh Pahang Malaysia. Gambar ini hanyalah gambaran sahaja, kami tak sempat nak menunggu di sini sampai senja. Bimbang juga nanti keluar gajah atau di tegur oleh tok gajah.

Dengan menggunakan teknik yang ada tersedia dalam setiap kamera digital, keadan sebegina dapat dilakukan. Untuk menambahkan lagi kesyahduan waktu senja tersebut digambungkan dengan teknik dalam Photoshop. Jadilah macan dah senja.
05
04
03
02
01

20100121

Tmn Kubang Gajah (02) bangunan

Kawasan Taman Kubang Gajah ini terdapat beberapa kemudahan asas. Kemudahan disini saiz kecil-kecil sahaja bukan saiz gajah.
05
Ada bangunan yang belum siap.
04
Ada wakaf.
03
Ada surau.
02
Surau yang dinamakan 'Surau Al-Fiil Kubang Gajah'. Mungkin juga boleh dinamakan 'Surau Gajah' tetapi untuk orang bukan untuk gajah.
01
Ada pondok pengawal keselamatan.

20100119

Tmn Kubang Gajah (01) layang2

Berhampiran dengan jambatan Temerloh, berhampiran dengan simpang tiga berlampu isyarat ke Triang terdapat sebuah taman yang dinamakan Taman Kubang Gajah. Tempai ini dahulu dinamakan Bukit Angin. Dinamakan Kubang Gajah kerana tempai ini dahulunya memang tempat gajah berkubang. Bila kali terakhir gajah berkubang disini? Nantilah kami akan siasat.

Jika berkebetulan anda akan terserempak dengan orang menjual layang-layang. Berapa harganya saya tak berani tanya sebab tak bercadang nak beli.
05
04
03
02
01